Kesan Terhadap Mangsa dan Rawatan Pelesit

Ada beberapa gejala awal kesan serangan apabila mangsa diracun atau dirasuk. Jika mangsa diracun, biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami beberapa kesan yang dapat dirasai secara fizikal peringkat awal seperti;[perlu rujukan]

  • Rasa kaki kebas dan menyucuk-nyucuk.
  • Terdapat lebam dengan tiga titik
  • Rambut mula gugur atau berkelumumur
  • Mata mula rabun.
  • Gusi bengkak dan gigi reput atau luruh walaupun menjaga kebersihan mulut
  • Seri muka akan hilang
  • cepat penat
  • mudah lupa hilang barang

Menurut cerita lisan dukun-dukun perubatan tradisional[nyatakan menurut siapa?] sebagai pengetahuan am para dukun dan tidak direkodkan dalam mana-mana buku atau kebiasaan sumber lisan, sekiranya terdapat tanda-tanda awal seperti dinyatakan di atas. Mangsa hendaklah berpantang memakan makanan yang hangitnya menjadi arang seperti nasi putih, roti putih dan gula dari tebu atau jagung.[perlu rujukan] Ini kononnya adalah menyebabkan racun itu berkesan. Jika teringin makan nasi juga, bolehlah mengambil hanya segenggam nasi sehari dengan tiga ulas bawang putih mentah ditumbuk pecah terdedah angin selama lebih kurang 15 minit.

Sebagai langkah penyembuhan mangsa hendaklah mengamalkan sayuran rebusan kurang dari satu minit berbentuk seperti pedang, bergerutu dan panjang selama mana gejala awal masih ada seperti

  • kacang berlendir atau bendi
  • sayur peria katak
  • kacang panjang
  • petola
  • lain-lain sayuran sayuran yang berbentuk pedang, bergerutu dan panjang

Mangsa juga dikehendaki mandi air kisar daun dari pokok dahannya berduri yang buahnya bulat dan kecil samada daun pokok bidara atau daun dari pokok bulang atau pokok limau nipis. Malahan boleh juga sekali dengan buahnya. Selain mandi airnya juga boleh diminum.

Sekiranya tidak dirawat dan tidak memperdulikan pantangnya, kononnya dalam tempoh kurang dari 10 tahun, organ dalaman seperti buah pinggang, jantung, hati dan paru-paru berair dan rosak. Tanda-tanda itu dapat dilihat dengan luka mula sukar sembuh bermula dari kaki atau tangan. Kaki menjadi hitam dan bengkak air. perut mula lebih besar dari punggung. kencing jadi tersekat dan berdarah. Pada peringkat ini kesembuhan adalah sukar. [perlu rujukan]

Pelesit adalah jin yang diciptakan dari material hujung api, maka dengan mudah mereka boleh masuk ke saluran darah yang dipercayai oleh orang Islam sebagai mengalir dan menghantar isyarat sakit, suka duka dan sebagainya ke seluruh badan, maka bagi serangan pelesit bersarang atau berenang-renang dalam saluran darah. Ia akan mengganggu sistem perasaan dalam badan menyebabkan perasaan terganggu. Pelesit yang sudah menguasai sistem saraf otak dan perasaan ini akan membentuk bayangan dalam pemikiran meleset atau menyesatkan seperti ; [perlu rujukan]

  • Mangsa akan mengalami situasi beliau sentiasa diperhatikan.
  • Mangsa juga merasakan pendengaran yang seakan-akan semua orang sedang mengumpat atau memburukkan dirinya
  • Mangsa akan dilesetkan perasannya bahawa apa sahaja perbuatan orang lain megeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.[perlu rujukan]
  • Perasaan seperti ini boleh membuatkan mangsa menjauhkan diri daripada masyarakat.[perlu rujukan]
  • Mengadakan perasaan cinta atau suka pada kekasih ilusi yang biasanya artis yang kacak / cantik atau pemimpin negara
  • Mengadakan pelbagai identiti pada mangsa sehingga wujud pelbagai watak sehingga merasakan dirinya penting selalunya sebagai Imam mahdi, rasul atau ratu
  • Mangsa akan meracau dan mengganas
  • Mangsa akan benci dengan sebenci-bencinya kepada suami atau isteri nya